17 Oktober 2010

Doa Ketika Dukacita dan Sedih


Maksudnya

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

22 April 2010

19 Mac 2010

CINTA


Rasulullah s.a.w bersabda,

"Ada tiga jenis manusia yang di dalam dirinya terdapat manisnya iman. Iaitu,

1)hendaknya Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada selain keduanya;

2) hendaknya mencintai seseorang hanya semata-mata kerana Allah.

3)hendaknya membenci kekufuran sesudah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu, sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam api."

Tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t itu Tuhan Yang Esa. Kita adalah umat manusia yang diutuskan kita penutup segala Nabi iaitu Muhammad s.a.w. Sebelum kita sudah ada beribu umat manusia dan sudah beratus nabi diturunkan buat membawa peringatan dari Allah s.w.t. Kita wajib beriman kepada Allah dan Rasul. Tidaklah dikira ibadah kita andai kita bukan orang beriman. Tidaklah layak syurga bagi kita andai kita bukan orang beriman. Satu hari kita pasti mati. Dunia ini sementara. Setiap jiwa yang hidup itu pasti mati. Matilah kita dengan mati yang beriman. Jika mati dalam kekufuran, maka neraka tempat kembali, dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Untuk menguji hidup dan ibadah kita, ada nafsu dan syaitan yang akan menggoda. Syaitan itu tak dapat kita ubah dan kawal, kerana itu adalah musuh yang nyata buat kita sampai kiamat. Manakala nafsu itu mampu diubah dan dikawal untuk menuju ke arah kebaikan. Kelazatan itu suatu nafsu. Kemanisan itu suatu nafsu. Kelazatan dan kemanisan iman itu adalah nafsu orang-orang beriman, sekurang-kurangnya kita berusaha ke arah itu jikapun kelazatan dan kemanisan itu belum datang pada kita. Kerana apa? kerana kita mahu menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa.

Sesungguhnya itulah golongan yang diredhai Allah. Kita mahu Allah redha diri kita. Kita mahu Allah redha hidup kita. Kita mahu Allah redha ibadah kita.

Merujuk pada hadis yang dibaca tadi, dapatlah kita tahu ada 3 golongan yang merasakan kemanisan iman.

(2 kriteria orang yang rasa kemanisan iman)

1) Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada selainnya.

Nafsu berkeupayaan membuatkan kita mempunyai sifat cenderung pada sesuatu. Jika nafsu yang sudah tewas pada syaitan, maka nafsu itu sering cenderungkan kita pada maksiat dan perbuatan mungkar. Namun, nafsu yang sudah dikawal dengan iman (iktikad dalam hati) kepada Allah dan RasulNya, maka nafsu itu buat kita cenderung pada kebaikan dan hal-hal yang diredhai Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Tidak layak seseorang dikatakan beriman, sehingga saya lebih dicintai olehnya daripada dirinya, anak-anaknya,kedua orang tuanya dan semua orang

"Allah s.w.t berfirman,

"Katakanlah , 'Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu'. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" (ali imran:31)

Janganlah kita yang mahu menjadi beriman ini, mahu menjadi orang yang layak dikatakan beriman seperti sabda Rasulullah tadi, dan dengan itu perlu benar-benar mencintai Allah dan Rasul bercerita soal cinta tanpa mendahului segala cinta di dunia ini dengan cinta Allah dan RasulNya.

Betapa memang ada di kalangan kita ini yang terlupa untuk hadirkan cinta Allah dan Rasul ke dalam dirinya, akan tetapi tak kenal penat lelah untuk mencari cinta manusia (suami atau isteri untuk dinikahi).

Betapa memang ada di kalangan kita ini, berasa bimbang kerana usia semakin lanjut (20 an 30 an belum bernikah), belum lagi ada pasangan hidup, belum lagi dapat memikat mana-mana manusia untuk dinikahi walaupun usaha mengurat dan usaha melamar sudah dibuat hampir 20 kali.

Betapa kita ada bimbangkah untuk pastikan diri kita ini sudah ada rasa cinta pada Allah dan RasulNya mendahului segala cinta di dunia?

Betapa memang ada di kalangan kita ini, berasa sedih, hubungan cinta yang diikat dengan manusia terlerai, berasa hidup sudah tak bererti kerana ditinggalkan kekasih cinta hati ulam jantung hempedunya, betapa berasa frust menonggeng berguling kerana lamarannya ditolak gadis cun lagi solehah lagi comel lagi baik sopan santun ayu lagaknya.

Namun, adakah kita berasa sedih jika hubungan kita dengan Allah terlerai? (meninggalkan solat, melupakan Allah, menjauhi majlis zikrullah, majlis ilmu mengingati Allah).

Betapa adakah kita tahu hidup kita sebenarnya menjadi tidak bererti bukan bila kekasih hati kita meninggalkan kita, akan tetapi bila Allah 'meninggalkan' kita, membiarkan kita atas kerana kita tidak mahu lagi mendekati Allah.Betapa kita mampu mendahului cintakan Allah dan RasulNya melebihi segalanya kerana siapa lagi yang bersama kita, menjaga dan melindungi kita jika bukan Allah?

Hatta semasa berak, ibu kita tak mampu nak bersama kita, hatta isteri kita tak mampu manjaga kita, hatta anak-anak kita tak mampu menemani kita, akan tetapi Allah sentiasa melihat dan menjaga kita walaupun semasa berak. Oksigen terus disumbangkan untuk membolehkan kita bernafas. Pernafasan yang betul membantu kita membuang najis dengan senang walaupun najis kita busuk tetapi tidak pula kita termuntah kerana berak.

Allah memberikan banyak nikmat. Itu baru semasa berak, belum lagi tidur. Semasa tidur walaupun kita tidur dengan isteri kita, namun mampukah isteri kita menjaga telinga kita dari dimasuki serangga sepanjang kita tidur? Tidak. Isteri kita pun ngantuk walaupun dia kata kasih pada kita, walaupun dia teman kita, tapi bila lena, dia mimpi apa kita pun tak tahu. Allah tidak tidur. Kita tidur, tapi Allah terus menjaga dan memberi nikmat pada kita. Subhanallah!Betapa kita mampu cinta akan Rasulullah s.a.w. Berita tentang tauhid dan akidah untuk beriman pada Allah ini hanya tercapai bila didatangkan Rasulullah s.a.w. Malah, Allah sendiri memerintahkan kita cintakan Rasul.

Jika kita kata sudah cinta Allah, mengapa pula kita tak mahu mencintai kekasih Allah yakni Muhammad s.a.w? Oh, selawatlah kita ke atas Rasul junjungan kerana para malaikat dan segala makhluk juga berselawat ke atas Nabi. Bagaimana mahu mengikuti rasul jika tiada rasa cinta akan Rasul? bolehkah kita cenderung untuk mengikuti seseorang tanpa ada rasa minat pada orang itu? ya, Rasulullah itu ada suri tauladan yang baik untuk kita ikuti. Mencintai rasul akan buat kita sayang akan sunnahnya, akan cinta untuk mengikutinya, akan cinta untuk bersuri tauladan yang baik jua.

2)Mencintai seseorang semata-mata kerana Allah.

Kita mencintai Rasulullah s.a.w semata-mata kerana Allah. Kerana Rasulullah kekasih Allah. Kerana Rasulullah mengajarkan kita jalan-jalan yang diredhai Allah. Jalan-jalan yang akan buat Allah mengasihani kita. Kerana Allah menyuruh kita suka dan redha dengan apa yang disukai dan diredhai olehNya. Apa yang disukai Allah adalah dipamerkan oleh kesukaan Rasulullah. Kerana Allah meredhai RasulNya. Meredhai para sahabat baginda. Meredhai orang-orang soleh. Kita cintakan Rasul, sahabat baginda dan orang-orang soleh semata-mata kerana Allah.

Lalu mengapa pula kita mesti mencintai seseorang kerana mukanya yang hensem, comel, kacak, lawa, segak, ayu, cantik, dan sebagainya? Ketahuilah jika kita mencintai seseorang kerana nafsu kita ke atasnya, kerana tubuh badannya mengeliurkan, kerana kita rasa kalau peluk dia best, kerana kita rasa kalau buat seks dengannya amat mengghairahkan, kerana kita mahu diri kita dibelai, dipeluk, dijilat, dikorek dan sebagainya,

ketahuilah kita tak akan merasakan kemanisan iman.