30 Oktober 2011

kejujuran yang benar

Apabila muzik berbunyi bukannya menyuruh orang menari,orang itu yang sendiri menari,jikalau sedar maksud ayat ini,Bulan sentiasa bulat tiada bentuk sabit.


Fahamilah dengan cara yang mudah maksud sebenar ilmu jalan yang benar yakni pada patinya,tidak kiralah dalam apa jua keadaan dan waktu,jikalau dengan kejujuran yang benar membuat hal itu ia akan dapat menyelamatkan orang lain dan dirinya sendiri.kebanyakan manusia berfikir jikalau hendak mencari ilmu yang sakti barulah dapat digunakan dengan sebenar-benarnya,fikiran manusia yang begini adalah telah salah,kesedaran yang sebenarnya adalah dimana kita berpijak.


seorang pengopek bawang besar maka habis dikopeknya satu persatu lapisan bawang besar itu tiada dijumpainya apa2 lalu hatinya menjadi marah sambil berkata mangapa bawang ini tiada isi?kesedaran di dalam jalan yang benar ini adalah sama seperti mengopek bawang,rasa itulah yang perlu diketahui...

30 Mei 2011

Doa Memohon Hati Yang Bersih

اللَّّـهُمَّ إنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَاْلجُبْـنِ وَالبُخْلِ، وَالهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَـبْرِ، اللَّّـهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مِنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيـُّهَا وَمَولاهَا، اللَّّـهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لَهَ
maksudnya:
sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucukan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan .

17 Oktober 2010

Doa Ketika Dukacita dan Sedih


Maksudnya

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.